Latihan Pengendali Makanan (BM)

Original price was: RM80.00.Current price is: RM50.00.

 

Pengenalan

Kursus ini adalah wajib bagi semua pengendali makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut akan dikenakan: –

1) Denda tidak melebihi RM10,000 ATAU

2) Penjara tidak melebihi dua (2) tahun

Kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah diwajibkan dan disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan adalah sah sehingga seumur hidup.

Objektif

Apabila selesai program ini, para peserta akan dapat:

  • Meningkatkan kesedaran tentang pengendali makanan mengenai kebersihan dan sanitasi makanan dalam cara yang lebih tersusun dan sistematik
  • Mempunyai pendidikan berterusan mengenai keselamatan makanan dan implikasinya di era globalisasi
  • Mengikuti latihan “Hands-On” dengan Pelatih yang bertauliah dan diiktirah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Mematuhi dan memenuhi keperluan latihan mengikut Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009Disahkan untuk seumur hidup

Siapa Yang Harus Hadir

Semua pengendali makanan (penduduk tempatan dan warga asing) yang menjalankan perniagaan, operasi dan pengeluaran yang berkaitan dengan makanan setiap masa.

Metodologi

Interaktif bersertakan aktiviti berkumpulan, tugasan individu, latihan, praktikal dan demonstrasi.

Modul

  • Modul 1 – Pengenalan
    • Penerangan diatas kepentingan latihan pengendali makanan.
      Memahami manfaat latihan pengendali makanan
  • Modul 2 – Kebersihan Makanan
    • Memahami bahawa kebersihan makanan bermula dengan diri mereka sendiri dan alam sekitar.
    • Lebih sensitif terhadap kebersihan diri, peralatan yang digunakan dan keadaan premis.
    • Penerangan diatas pakaian yang sesuai yang harus dipakai semasa mengendalikan makanan.
    • Menjalankan amalan yang terbaik semasa mengendalikan makanan.
  • Modul 3 – Keselamatan makanan
    • Pilih makanan mentah yang terbaik sebelum menyiapkan makanan.
    • Mengendalikan makanan dengan cara yang betul.
    • Menerangkan bagaimana untuk mengendalikan dan menyediakan makanan mentah dengan cara yang bersih dan selamat.
  • Modul 4 – Faktor Kritikal Keracunan Makanan
    • Faktor Kritikal Keracunan Makanan
      Senaraikan faktor kritikal keracunan makanan.
    • tindakan yang perlu tahu diambil untuk mengawal faktor kritikal keracunan makanan.
  • TAMAT

Fee: RM 50 per pax


Loyalty Points: 50 Points


Duration: 1/2 (Half) Day – 4 Hours


Note: In-house course is available. Request it HERE

Trainer

Encik. Raymond Ho

Encik. Ray adalah seorang Jurulatih yang bertauliah dan diikitirah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam bidang Program Pengendali Makanan. Sejak tiga (3) tahun yang lalu, beliau telah melatih Pengendali F&B dan Pengendali Makanan di seluruh Malaysia. Sebagai seorang pelatih yang berpengalaman, Encik Ray mampu menyampaikan pengalamannya dan berkongsi pengetahuan, kemahiran kepada Pengusaha dan Pengendali Makanan yang lain dalam persekitaran yang santai dan menyeronokkan untuk menjadikan latihannya menyeronokkan untuk para peserta program latihan ini