Kursus Keselamatan Forklift

RM850.00

 

Introduction

Objektif Kursus Keselamatan Forklift selama satu hari ini adalah bertujuan untuk mencegah kecederaan dan mengurangkan kerosakan harta benda disebabkan kemalangan yang melibatkan operasi forklift. Kursus ini memberi pendedahan dan memberi latihan kepada pemandu forklift untuk mengendali forklift secara betul, membuat pemeriksaan harian, membuat selenggaraan dan mengendali forklift dengan selamat.

Pengendalian forklift secara melulu, kurangnya pengetahuan bagaimana mengendalikan forklift, tabiat buruk dan sikap tidak acuh boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan kekal dan kerosakan besar kepada harta syarikat serta boleh menyebabkan penutupan operasi syarikat, seterusnya menjadikan hilang pekerjaan.

Kursus ini dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya tragedi dan penderitaan akibat kemalangan, mengurangkan pembaziran terutamanya kerosakan akibat salah kendalian forklift serta dapat meningkatkan kecekapan keseluruhan syarikat dan meningkatkan produktiviti. Kemahiran pemandu atau pengendali forklift yang terlatih akan menjadi aset paling berharga untuk kejayaan syarikat dan masa depannya.

Sebuah forklift sangat bernilai dari segi harga dan kepentingannya untuk melancarkan operasi sesebuah syarikat, jika tidak dikendalikan dan diselenggara dengan betul ianya boleh menyebabkan kecederaan serius, kerosakan besar terhadap produk yang dikendalikan serta fasiliti warehouse, penyelenggaraan kos operasi syarikat yang tinggi.

How Will You Benefit

Setelah tamat program satu hari ini, perserta akan dapat:

  • Membiasakan diri dengan kaedah dan teknik pengendali forklift secara selamat
  • Menjadikan pemandu forklift lebih kompeten
  • Memahami bahaya dan risiko berkaitan operasi forklift
  • Ke arah menjadi pemandu forklift yang kompeten
  • Mengetahui kaedah dan penggunaan “forklift attachment”

Who Should Attend

Kursus ini sesuai untuk pemandu forklift dalam kawasan kerja.

Methodology

Program latihan interaktif dalam mana perserta akan mendapat butir pembelajaran daripada aktiviti yang dijalankan secara teori dan praktikal.

Module

  • KEPERLUAN PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN PERSEKITARAN KERJA SELAMAT DI TEMPAT KERJA
  • PENGENALAN KEPADA FORKLIFT
  • KESELAMATAN FORKLIFT
  • PERSEDIAAN UNTUK PRAKTIKAL
  • OPERASI FORKLIFT

Fee: RM 850 per pax


Loyalty Points: 850 Points


Duration: 1 Day


Note: In-house course is available. Request it HERE

Trainer

Mohd Yusof Bin Hussain

Biodata:
Mohd Yusof Bin Hussain is an effective trainer who has in- depth skills and knowledge regarding safety and health function and environmental training. He has a total 20 years of experience in the manufacturing industry, with different roles in management. Before he became a certified trainer, he was the Manager of Safety, Health and Environment in his last company. His academic and corporate qualifications include a Master’s degree in Occupational Safety and Health Management, a diploma in Accounting and certifications as a Safety and Health Officer by the NIOSH. His experience and exposure on health inspections, investigation of accidents and auditing honed his skills and knowledge to be a PSMB trainer. Mohd’s training programmes are not just focused on safety and health, but also in Maintenance and Quality Management function.