Tiada cuti peristiwa buat bangsa Johor atas kemenangan saingan Liga Super Malaysia 2016

Tiada cuti peristiwa buat bangsa Johor atas kemenangan saingan Liga Super Malaysia 2016

jdt

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menafikan pengumuman cuti peristiwa bersempena kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super tahun ini (2016).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang notis atau pengumuman berhubung cuti pada hari esok susulan kejayaan pasukan JDT itu.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej yang kini menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa mengenai pengumuman cuti pada hari esok.

“Tiada sebarang pengumuman cuti esok, esok bekerja seperti biasa.

“Itu semua (mesej viral dalam WhatsApp) adalah tidak benar,” katanya.

Sinar Harian menerima penyebaran mesej aplikasi WhatsApp mendakwa kerajaan Johor akan mengisytiharkan cuti peristiwa esok pada majlis sambutan kemenangan pasukan JDT di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malam ini.

Dalam sebaran itu memaklumkan intipati Majlis Penyampaian Piala Liga Super 2016 kepada Pasukan JDT yang akan diadakan selepas tamat perlawanan JDT menentang T-Team.

Ia memaklumkan pemain JDT beserta pengurusan akan berarak mengelilingi Bandaraya Johor Bahru bersama piala dari Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan akan berakhir Dataran Bandaraya dalam sambutan Kejuaraan Hatrick Liga Super.

Turut diadakan satu percikan bunga api.

Gambar dari www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Artikel dari www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tiada-cuti-peristiwa-buat-bangsa-johor-1.565795