Asas Mencegah & Melawan Kebakaran

RM850.00

 Asas-Mencegah-dan-Melawan-Kebakaran-HRDF-Trainings

Introduction:

Kebakaran berlaku tanpa diduga samada di rumah ataupun di tempat kerja. Kejadian kemalangan kebakaran mendatangkan kesan buruk bukan saja kepada nyawa pekerja, malahan kepada syarikat yang terpaksa menanggung kerugian yang besar. Kebakaran juga mendatangkan kemusnahan alam sekitar.

How Will You Benefit

Kursus ini dirangka bertujuan untuk menyediakan peserta dengan kemahiran, keyakinan dan pengetahuan yang diperlukan di dalam mengurus dan memadam kebakaran dalam industri dan juga melatih peserta di dalam penggunaan pelbagai peralatan melawan kebakaran.

Matlamat kursus ini adalah bagi:

  • Mendedahkan peserta kursus kepada punca-punca kebakaran dan kaedah bagi mencegah kebakaran;
  • Melatih peserta di dalam teori & praktikal, teknik-teknik melawan kebakaran dan peralatan-peralatan yang akan digunakan; dan
  • Menyediakan peserta di dalam menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja sementara menunggu ketibaan bantuan Jabatan Bomba & Penyelamat.

Who Should Attend

Ahli-ahli skuad kebakaran dan juga semua pekerja yang berminat untuk mempelajari teknik asas mencegah & melawan kebakaran.

Methodology

Program ini akan meningkatkan pemahaman dan pembelajaran melalui syarahan di bilik latihan, tayangan video, dan praktikal dalam pengunaan alat pemadam api.

Module

  • PENGENALAN
    • Objektif Kursus & Topik-Topik Utama
    • Apa Itu Keselamatan
    • Mengapa Pentingnya Keselamatan?
    • Hazad & Risiko
    • Kemalangan
    • Perundangan Keselamatan (OSHA 1994)
  • KECEMASAN
    • Kejadian Bencana Kebakaran
    • Bencana
    • Bila Timbul Bencana
    • Kesan Bencana Industri
    • Apa Itu Kecemasan?
    • Kelas-Kelas Kecemasan
    • Persediaan Kecemasan
    • Objektif Persediaan Kecemasan
    • Pelan Kecemasan
    • Prosedur Pengosongan Bangunan
  • AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (AKTA 341) 1988
    • Peruntukan-Peruntukan Penting Akta
  • PEMERIKSAAN / ODIT PENCEGAHAN KEBAKARAN
    • Program Pemeriksaan / Odit Pencegahan Kebakaran
    • Objektif Pemeriksaan / Odit Pencegahan Kebakaran
    • Strategi Di dalam Pemeriksaan / Odit Pencegahan Kebakaran
    • Praktikal: menjalankan odit pencegahan kebakaran ditempat kerja
  • MELAWAN KEBAKARAN
    • Definisi Kebakaran
    • Jenis-Jenis Kebakaran
    • Punca-Punca Kebakaran
    • Kimia Kebakaran (Segitiga Kebakaran)
    • Peringkat-Peringkat Api Kebakaran
    • Risiko Kebakaran (Asap & Haba)
    • Kelas-Kelas Api
    • Faktor-Faktor Kemarakan Api
    • 3 Cara Api Merebak
    • Kaedah Melawan Kebakaran
  • PERALATAN-PERALATAN MELAWAN KEBAKARAN
    • Jenis-Jenis Peralatan Melawan Kebakaran
    • Alat Pemadam Api Mudah Alih:
      • Jenis-Jenis Alat Pemadam Api Mudah Alih
      • Pemeriksaan Alat Pemadam Api Mudah Alih
      • Bagaimana Menggunakan Alat Pemdam Api Mudah Alih?
      • Peringatan Semasa Menggunakan Alat Pemadam Api
    • Hos:
      • Ciri-Ciri Hos
      • Sebab-Sebab Kerosakan
      • Kawad Hos
    • Praktikal: Operasi Kawad Hos (H1, H2, H3, H4)
    • Praktikal: Penggunaan alat-alat melawan kebakaran (alat pemadam kebakaran mudah alih & hos)
  • MEMINDAHKAN MANGSA
    • Penyelamat
    • Peralatan Bantuan Pernafasan
    • Memindahkan mangsa (teknik usunagn 1 hingga 6 penyelamat)
    • Penggunaan alat usungan (stretcher) dan lian-lain peralatan menyelamat
  • ULANGKAJI, PENILAIAN & PENUTUP

Fee: RM 850 per pax


Loyalty Points: 850 Points


Duration: 1 Day


Note: In-house course is available. Request it HERE

Trainer

Azman Bin Abdul Rahman

Biodata:
Azman has been involved in the field of occupational safety and health since 1992 and has attended numerous conferences, seminars and training programs held throughout the country and organized by professional bodies. Since then, he has acquired extensive experience in managing workplace safety and health; armed with only a vision to contribute to the advancement of occupational safety and health in Malaysia. He has actively conducted numerous in-house and public courses in occupational safety and health topics such as OSH Management; Safety & Health Committee; HIRARC; Emergency Response Preparedness (ERP); Chemicals Handling; Wastes Management; First Aid & CPR; Hearing Conservation, Ergonomics & Back Safety.